Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah

Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah (1832 – 22 Jun 1879) ialah Sultan Kedah ke-23 yang memerintah dari tahun 1854 sehingga tahun 1879. Baginda ialah putera Sultan Zainal Rashid Al-Mu'adzam Shah I dengan Wan Maheran. Baginda berkahwin dengan Wan Tan binti Luang Nik Abidin, dan Sultan Zainal Rashid Mu'adzam Shah II ialah putera baginda yang ditabalkan menjadi penggantinya.Pada masa pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin ini, telah dibina Balai Nobat baharu yang terdiri daripada sebuah bangunan lima tingkat. Bangunan itu sepenuhnya dibina daripada kayu dengan atap zink.Pada tahun 1878, baginda telah jatuh gering. Baginda meluangkan masa beberapa bulan di Bukit Pinang untuk menyembuhkan diri sebelum berangkat pulang ke Alor Setar pada Mac 1979. Baginda menjalankan tugasnya sebagai sultan sebelum akhirnya mangkat pada 22 Jun 1879.[1]

Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah

Pemerintahan 1854–1879
Ayahanda Sultan Zainal Rashid Al-Mu'adzam Shah I
Pemakaman Makam Diraja Langgar
Pasangan Wan Tan binti Luang Nik Abidin
Bonda Wan Maheran
Kerabat Kedah
Anakanda Sultan Zainal Rashid Mu'adzam Shah II
Kemangkatan 22 Jun 1879(1879-06-22) (umur 46–47)
Alor Setar, Kesultanan Kedah
Didahului oleh Sultan Zainal Rashid Al-Mu'adzam Shah I
Keputeraan 1832 (1832)
Georgetown, Pulau Pinang, Syarikat Hindia Timur Inggeris
Diikuti oleh Sultan Zainal Rashid Al-Mu'adzam Shah II